Ismee melihat gambar Allahyarham Rusiah Suar yang ditunjukkan oleh anaknya Norbaizura Ahmad Badri (dua kiri), sambil diperhatikan abangnya Khairulnizam Ahmad Badri (dua kanan) selepas menyampaikan sumbangan di rumah Allahyarham di Felda Gunung Besout Dua. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Datuk Rosni Sohar(kiri).  FOTO Yahya Zain

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Sungkai: Jenazah Rusiah Suar,56, jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, Jumaat lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syara'ik selepas Solat Subuh tadi (waktu Arab Saudi).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail berkata, jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjidil Haram bersama dengan jemaah lain yang terkorban dalam insiden itu.

"Setakat ini, hanya satu jenazah rakyat Malaysia yang dikebumikan dan insya-Allah, empat lagi jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia akan dikebumikan selepas solat Zohor waktu tempatan.

"Pihak TH akan memaklumkan sekiranya ada maklumat terkini pengebumian rakyat Malaysia kepada waris dan saya bersama rakan-rakan lain akan menziarahi keluarga waris mangsa lain," katanya selepas melawatkeluarga Allahyarham Rusiah di kediamannya di Felda Gunung Besout 2 di sini, petang tadi.

Menurut Ismee, TH menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terbabit dalam insiden itu serta berdoa supaya semua mangsa yang meninggal dunia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 4:24 PM