Antara yang hadir dan menyertai tahlil di rumah keluarga Allahyarham Zainun. FOTO Iskandar Shah Mohamed
Oleh Iskandar Shah Mohamed

Ampang: Tabung Haji (TH) bersedia membawa waris mangsa jemaah haji yang mahu ke Makkah jika semua prosedur dan syarat ditetapkan dipenuhi sebelum tempoh penerbangan terakhir dibenarkan Arab Saudi pada 19 September ini.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air TH Adi Azuan Abdul Ghani berkata, segala urusan dan dokumen berkaitan perlu dilengkapkan sebelum tarikh berkenaan yang merangkumi fasa pertama haji.

"Bagaimanapun, ahli keluarga jemaah perlu mematuhi syarat ditetapkan antaranya memiliki kos mencukupi dan memperoleh visa haji yang diluluskan sebelum 19 Sepetember ini," katanya selepas menziarah keluarga Allahyarham Zainun Taha, 69, di Bukit Antarabangsa di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Menurut Adi Azuan, pihaknya setakat ini dimaklumkan ada dua keluarga menyatakan hasrat untuk ke Tanah Suci termasuk waris Allahyarham Zainun sekali gus menunaikan haji di Makkah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 4:55 PM