ANGGOTA penguat kuasa  menyoal Hashim   di pondoknya.
ANGGOTA penguat kuasa menyoal Hashim di pondoknya.
Oleh Aizat Sharif

Kangar: Gelagat seorang warga emas yang mendiami sebuah pondok di atas pokok di tempat meletak kenderaan di Terminal Feri Kuala Perlis, di sini, menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatannya.

Mereka juga khuatir kejadian tidak diingini berlaku terhadap warga emas itu, Hashim Yahya, 72, kerana pondok papan yang dibina pada dahan mampu tumbang seandainya hujan lebat atau ribut.

Seorang kerani yang bekerja berhampiran terminal berkenaan, Ahmad Fauzan Idris, 45, berkata, warga emas terbabit dilihat sudah lama mendiami pondok yang dibinanya.

“Dia sudah lama tinggal di pondok itu dan tidak memberi masalah kepada sesiapa, namun apa dibimbangi jika ribut berlaku kerana boleh mengakibatkan dia terhumban ke dalam air,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Penjaga tempat letak kereta yang mahu dikenali sebagai Man, 20, berkata, warga emas itu mempunyai keluarga, tetapi didapati lebih suka mendiami pondok di atas pokok itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 7:12 AM