REMAJA didakwa membunuh mendiang Asisten Superintendan Margaret Tagum Goen dalam sekatan jalan raya. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris


Kluang: Remaja berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh Asisten Superintendan (ASP) Margaret Tagum Goen dengan merempuhnya dengan motosikal di sekatan jalan raya di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, 6 September lalu.

TERTUDUH berasal dari Taman Sri Kluang itu didakwa di hadapan Majistret Nurhuda Mohd Yusof.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam, S Vijaya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian dengan niat untuk membunuh mendiang Margaret Tagum Goen.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz memohon tarikh sebutan sementara menunggu laporan akhlak serta kimia dan mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

Berita berkaitan

> Lelaki hina mendiang Margaret ditahan: http://hmtro.com/1QiwvSX

> Mendiang Inspektor Margaret dinaikkan pangkat: http://hmtro.com/1KzOO7k

> Maut dirempuh mat rempit: http://hmtro.com/1LRtSpC

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 12:48 PM