X
Mandzukic menewaskan penjaga gawang City Joe Hart untuk gol penyamaan Juventus di Stadium Etihad. - AP
Mandzukic menewaskan penjaga gawang City Joe Hart untuk gol penyamaan Juventus di Stadium Etihad. - AP

Manchester: Juara Itali Juventus melupakan prestasi hambar awal musim menewaskan Manchester City 2-1 pada perlawanan pembukaan Liga Juara Juara Kumpulan D di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Juve ketinggalan minit ke-57 apabila Vincent Kompany memberi tekanan kepada Giorgio Chiellini menyebabkan pemain bek itu menjaringkan gol sendiri.

Naib juara tahun lalu menyamakan kedudukan 13 minit kemudian melalui Mario Mandzukic sebelum sepakan lencong Alvaro Morata m-81 memastikan kemenangan The Old Lady.

City hanya menang tiga daripada 12 perlawanan dalam kejuaraan di tempat sendiri dan bakal berdepan Borussia Moenchengladbach di tempat lawan pada 30 September.

"Ia mengecewakan. Saya tidak rasa kami berhak tewas," kata pengurus City Manuel Pellegrini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 2:31 PM