Kuala Lumpur: AirAsia menawarkan tiga juta tempat duduk sempena promosi Tempat Duduk Percuma yang bermula hari ini hingga 16 November ini.

Antara destinasi menarik yang ditawarkan merangkumi laluan domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Langkawi, Yogyakarta, Krabi, Siem Reap, Kalibo, Da Nang, Surat Thani, Chengdu serta Perth.

Tempahan tiket itu mula dibuka kepada pelanggan menerusi www.airasia.com dari hari ini hingga 16 November 2014 bagi tempoh perjalanan dari 10 Jun 2015 hingga 17 Januari 2016.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, kempen berkenaan adalah perluang terbaik untuk pelanggan merancang percutian mereka tahun depan dengan promosi Tempat Duduk Percuma ini bagi destinasi domestik dan antarabangsa dalam seluruh jaringan syarikat penerbangan itu.

“Dengan penambahan dua syarikat penerbangan baru iaitu Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, penumpang boleh melancong lebih jauh terus dari Bangkok dan Bali.

“Malah, kami juga mempunyai senarai Fly-Thru antara bandar yang lebih baik menghubungkan penumpang dengan perhubungan yang lebih lancar.

“Terdapat 858 Fly-Thru antara bandar di mana penumpang AirAsia dan AirAsia X boleh mengambil peluang ketika tempoh promosi Tempat Duduk Percuma ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:02 AM
Digital NSTP Subscribe