NAZARUDDIN (kiri) dan Ketua Pegawai Pelaburan BIMB Invest, Vicknesan Balakrishnan ketika mengumumkan pengagihan pendapatan.
Oleh Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: BIMB Investment Management Berhad (BIMB Invest), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengumumkan pengagihan pendapatan bersih sebanyak RM1.87 seunit untuk dana BIMB i Dividend Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2014.

Kadar pengagihan berkenaan adalah bersamaan dengan 7.02 peratus hasil pengagihan, mengatasi prestasi penanda arasnya iaitu 6 peratus setahun. Hasil pengagihan dikira dengan mengambil pengagihan seunit berbanding harga unit pada awal tahun kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Nazaruddin Othman berkata, dengan prestasi yang baik yang dicatatkan oleh dana ini, pihaknya menjangkakan lebih ramai pelabur yang akan melabur dalam dana unit amanah patuh Syariah.

Dana ini sudah mengagihkan pendapatan lebih daripada 7 peratus untuk tiga tahun berturut-turut. Dana ini ditubuhkan pada Mac 2011 pada harga tawaran permulaan 25 sen seunit. Ia berkembang hampir empat kali ganda selepas pengagihan pertama yang dibuat pada tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2012.

Pada 31 Oktober 2014, terdapat 709.5 juta unit dalam edaran dengan nilai aset bersih sebanyak RM184.5 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:04 AM