BAPA mangsa meratapi kematian anaknya yang dihempap motosikal. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Tampin: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas tertusuk besi di kepala akibat dihempap motosikal di kawasan rumahnya di Felda Pasir Besar, Gemas, di sini, hari ini.

Sumber polis berkata, dalam kejadian 11.22 pagi itu, mangsa, Mohammad Aidil Aqasha Azhar, 2, sedang bermain di luar rumah sebelum motosikal milik keluarganya terjatuh.

Katanya, motosikal itu kemudian menghempap mangsa dan besi pemijak tempat letak kaki tertusuk kepalanya.

"Mangsa mengalami pendarahan yang banyak meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin dan kes masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 1:09 PM