UQASHA Senrose. FOTO Munira Abdul Ghani
UQASHA Senrose. FOTO Munira Abdul Ghani
Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Pelakon Uqasha Senrose, 23, memohon maaf kepada media berikutan salah faham yang berlaku sebelum ini.

Pelakon kelahiran Kelantan itu mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan wartawan hanya suka menulis hal peribadi berbanding karier artis.

Malah dia dikatakan bertindak menapis setiap soalan sebelum bersetuju ditemubual.

Uqasha ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka apa yang berlaku mencetuskan banyak salah faham sehingga ada yang berjauh hati.

"Saya minta maaf kepada media. Sebagai manusia biasa ditambah lagi dengan usia yang masih mentah saya tidak terlepas melakukan kesilapan.

"Saya terima setiap teguran dengan hati terbuka dan melihat secara positif.

“Kalau mereka tidak tegur mungkin sampai bila-bila pun saya tidak sedar.

“Apa yang berlaku ini saya jadikan pengajaran untuk jadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 8:13 PM