FOTO Farizul Hafiz Awang
FOTO Farizul Hafiz Awang
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Kuantan: Tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memerlukan kira-kira setengah jam untuk menangkap ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram, di Kampung Bukit Kuin, di sini, awal pagi semalam.

Ular berkenaan dikatakan cuba menelan dua ayam penduduk kampung itu pada kejadian kira-kira 1 pagi.

Kejadian itu itu disedari pemilik ternakan itu apabila terdengar bunyi bising di dalam reban belakang rumahnya sebelum melihat ular sawa sedang membelit ayam.

Ketua Skuad JPAM Kuantan, Koperal Affizu Fairuz Ariffin, berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 1.10 pagi.

“Sebaik tiba, saya melihat beberapa orang kampung sedang memegang ekor ular itu dan cuba menangkapnya namun reptilia berkenaan bertindak agresif dengan beberapa kali cuba mengigit saya.

"Haiwan berkenaan berkemungkinan dalam keadaan lapar dan cuba untuk menelan dua ayam namun berasa terganggu berikutan kehadirannya disedari orang kampung sehingga memaksanya bertindak agresif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 6:09 PM