PENDUDUK memenuhi sepanjang Jalan Diponegoro, berhampiran pejabat gabenor Riau, untuk beriadah berikutan jerebu yang mula berkurangan. FOTO Salman Hamat
Oleh Salman Hamat


Riau: Keadaan jerebu di Pekanbaru, di sini, sehingga 11 pagi tadi semakin baik walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih berada pada paras berbahaya iaitu 500.

Jarak peglihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II (SSK II), juga bertambah baik dan naik kepada 1,000 meter sekali gus melancarkan jadual penerbangan yang sebelum ini kerap ditunda atau dibatalkan.

Manakala penduduk tempatan menggunakan keadaan cuaca cerah untuk melakukan aktiviti riadah.

Penjaja makanan Ofek Otopia, 35, berkata, keadaan cuaca hari ini paling baik sejak sebulan lalu.

"Jika sebelum ini kami risau untuk keluar rumah tetapi hari ini jumlah mereka yang keluar beriadah amat ramai berbanding sebelum ini.

"Saya harap keadaan cuaca seperti ini berterusan dan kehidupan masyarakat di sini kembali normal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2015 @ 12:35 PM