MURID Sekolah Dasar Al Azhar Syifabudi, Pekan Baru hadir ke sekolah yang dibuka semula selepas keadaan jerebu di daerah itu semakin beransur pulih. FOTO Ghazali Kori
Oleh Salman Hamat di Riau


Riau: Sebahagian besar sekolah di Pekanbaru, Riau, dibuka semula selepas ditutup hampir tiga minggu lalu akibat jerebu teruk melanda wilayah ini.

Tinjauan di Sekolah Dasar (SD) Al Azhar Syifabudi Pekanbatu, di sini, mendapati ibu bapa mula menghantar anak mereka ke sekolah seawal 7 pagi sebelum sesi pembelajaran murid dimulakan seperti biasa pada 8 pagi.

Guru Besar SD Al Azhar Syifabudi Pekanbaru Haris Dianwari berkata, masih ada sekolah yang ditutup dan keputusan meneruskan sesi persekolahan dilakukan atas pertimbangan guru.

"Semalam jerebu sudah kurang dan kami mengambil keputusan membuka semula sekolah, syukur hari inikeadaan bertambah baik.

"Namun kami tetap mewajibkan murid memakai topeng muka ketika di dalam kelas dan menghadkan aktiviti di luar bilik darjah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 10:35 AM