Kawasan Rehat & Rawat Pandan atau lebih dikenali sebagai R&R Pandan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan khusus untuk pengguna Lebuhraya EDL.

R&R Pandan telah dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2013. Ianya terletak di KM 6.9 Lebuhraya EDL.

R & R Pandan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi pengguna lebuhraya EDL.

Kemudahan ini juga diselenggara dengan baik dan selesa untuk memastikan setiap pengguna lebuhraya EDL berpuas hati dan boleh menikmati perjalanan yang lancar.

R&R Pandan sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan dan mengutamakan kebersihan terutamanya di sekeliling kawasan R&R, gerai makanan dan minuman, dan juga tandas.

R&R Pandan juga menawarkan kemudahan lain seperti surau, waqaf (ruang rehat) dan taman permainan kanak-kanak.

Tempat makan terdiri daripada 11 gerai makanan, empat gerai minuman dan satu gerai buah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.edlconnects.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:13 AM