Osama (kanan) bersama abang Zaid, Mohammad (kiri) menyaksikan Zaid berdiri dalam kalangan pemain bolasepak handalan dunia.
Ronaldo memimpin tangan Zaid masuk ke dalam padang di Santiago Bernabeu.
Zaid (kiri) ceria mengiringi Ronaldo sebelum sepak mula. - Pix Daily Mail

Madrid: Ronaldo dan Zaid Abdel Muhsen Alghadab diberi tepukan gemuruh oleh ribuan penonton sebaik masuk ke padang sebelum perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Granada berlangsung.

Bintang Real terbabit diiringi oleh anak pelarian Syria yang dibentes jurukamera wanita Hungary ketika cuba melepasi sempadan negara Eropah Tengah dua minggu lalu.

Kelab gergasi terbabit turut menjemput bapa Zaid, Osama serta abangnya Mohammad menyaksikan perlawanan dimenangi Real 1-0 di stadium Santiago Bernabeu.

Keluarga Osama tiba di ibu kota Sepanyol itu minggu lalu dengan menaiki keretapi selepas ditawar pekerjaan dan penginapan di Getafe.

Ramai memuji tindakan bintang Portugal itu disifatkan memiliki sifat penyayang dan prihatin terhadap kanak-kanak.

Ronaldo sebelum ini mengirimkan jersinya kepada remaja mangsa gempa bumi di Nepal selepas diberitahu keadaan melanda negara itu oleh wartawan dan jurugambar bertugas membuat liputan kejadian. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 9:09 PM