FOTO Mohamad Hanafi Roslan
FOTO Mohamad Hanafi Roslan

Johor Bahru: Kanak-kanak perempuan kritikal akibat melecur manakala neneknya yang cacat penglihatan turut cedera selepas rumah mereka terbabit dalam kebakaran di Lorong Sawa 3 Kempas, di sini, malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai, berkata mangsa, Noridah Omar, 59, dan cucunya Noor Sharifah Nazerah Abdullah, 6, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

“Noridah melecur 11 peratus di bahagian muka dan badan sebelah kiri manakala cucu perempuannya mengalami 44 peratus melecur di badan kanan, dua kaki dan muka dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” kata beliau ketika dihubungi, di sini, lewat hari ini.

Beliau yang mengesahkan kejadian, berkata pihaknya tidak menemui sebarang botol kaca atau plastik berupa ‘molotov cocktail’ di tempat kejadian seperti didakwa sesetengah pihak.

“Hasil siasatan awal menjumpai satu tong yang dipercayai berisi lima liter petrol dengan penutup terbuka dalam rumah berkenaan,” kata beliau.

Menurutnya, sehingga kini tiada petunjuk wujud elemen khianat, namun motif kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 10:29 PM