BEBERAPA perbualan SMS yang dilakukan antara Muhammad Hafis dengan pemilik katering berkenaan.
Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Dua mempelai adik-beradik kerugian RM20,000 selepas syarikat katering gagal menyediakan makanan ditempah untuk majlis perkahwinan mereka di Kampung Bukit Cina, di sini, Sabtu lalu.

Muhammad Hafis Senin, 26, berkata, dia membuat tempahan makanan dengan sebuah syarikat katering untuk majlis pernikahan adik perempuannya pada Sabtu serta majlis persandingan mereka pada Ahad, namun syarikat itu bukan saja gagal menyediakan tempahan, malah pemiliknya tidak dapat dihubungi.

Menurutnya, keluarganya hampir mendapat aib gara-gara syarikat beralamat di Taman Bukit Katil Permai, di sini, yang dilantik menyediakan makanan, menguruskan majlis kenduri serta menyediakan khemah kenduri menghilangkan diri.

“Saya tempah khemah dan pakej makanan bagi majlis akad nikah adik perempuan pada Sabtu dan kenduri persandingan pada Ahad di rumah keluarga.

“Mengikut pakej ditempah, syarikat itu perlu menyediakan khemah, nasi dan lauk-pauk kenduri untuk 1,200 tetamu serta hidangan pengantin dengan bayaran RM14,500,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 5:46 AM