PENANG 22 September 2015. Chief Minister of Penang Lim Guan Eng. NSTP/Mikail Ong
PENANG 22 September 2015. Chief Minister of Penang Lim Guan Eng. NSTP/Mikail Ong
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan bahawa negeri berkenaan akan digelar sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, berkuatkuasa hari ini

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pihaknya mengalu-alukan sokongan dan kerjasama penuh kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang dipimpin Presidennya Mohamed Sabu bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, pihaknya amat berharap agar rakyat negeri ini memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.

Katanya, inilah kerajaan berjiwa rakyat yang sentiasa mengambil berat dan yakin Pakatan Harapan akan menjadi semua gabungan pakatan yang kukuh.

"Kita akan lawan gejala rasuah habis-habis tidak kira kawan atau lawan selain berusaha untuk menyelamatkan Malaysia" katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 3:00 PM