Pengadil Michael Dean melayangkan kad kuning kepada Costa (kanan) dan pemain Arsenal Gabriel pada perlawanan EPL di Stamford Bridge. - Pix AP

London: Diego Costa digantung tiga perlawanan selepas siasatan suruhanjaya bebas FA mendapati dia berkelakuan kasar terhadap pemain Arsenal Laurent Koscielny pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Budak nakal Chelsea itu tidak beraksi pada perlawanan Piala Liga menentang Walsall diikuti pertembungan liga di Newcastle dan pertarungan di tempat sendiri menanti kunjungan Southampton.

Costa digantung tiga perlawanan awal musim lalu selepas memijak pemain pertahanan Liverpool Emre Can sewaktu perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga di Stamford Bridge. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 4:25 PM