MOHAMMAD Rizal bersiap sedia untuk menghantar barang ke lokasi yang diminta pelanggan.
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli


Marang: Perkhidmatan menghantar barang yang dulunya hanya terkenal di ibu kota dan dipandang sepi di sesetengah tempat termasuk di negeri ini sekarang semakin mendapat sambutan serta menjadi pilihan golongan muda untuk meraih pendapatan mudah dan lumayan.

Siapa sangka perkhidmatan itu mampu menjana pendapatan tambahan antara RM500 hingga RM700 seminggu bergantung kepada jumlah tugasan yang dilaksanakan.

Mohammad Rizal Busari, 22, dari Kampung Tebakang, di sini, berkata, disamping membantu bapanya berniaga sayur di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam, dia memanfaatkan masa terluang dari jam 10 pagi hingga 5 petang hampir setiap hari dengan menjalankan perkhidmatan menghantar barangan menggunakan motosikal miliknya.

“Mulanya janggal juga menyediakan perkhidmatan seperti ini selain bimbang kurang sambutan, tetapi selepas kerap dihubungi pelanggan meminta menghantar barang, saya semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan kerjaya sampingan ini.

“Pada peringkat awal, memang mencabar untuk mendapatkan pelanggan, tetapi pengaruh rangkaian media sosial membolehkan perkhidmatan saya tawarkan ini diperluaskan ke seluruh Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 6:12 AM