FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Oleh Mary Victoria Dass dan Redzuan Muharam

Senai: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini, beroperasi seperti biasa dan semua penerbangan berlepas mengikut jadual ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Mohd Rani Hisham Samsudin, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa lapangan terbang ditutup sehingga menyebabkan kesemua penerbangan yang terpaksa dibatalkan.

Mohd Rani berkata, operasi berjalan seperti biasa dan semua penerbangan yang dibatalkan semalam adalah kerana jerebu.

Mohd Rani berkata, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan yang terjadi di atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sementara itu, indeks pencemaran udara (IPU) di tiga kawasan di Johor menurun ke tahap sederhana, pada sekitar 8 pagi.

Pasir Gudang mencatatkan penurunan denganbacaan 93 berbanding 99 sejam sebelumnya.

Larkin pula mencatatkan 95 berbanding 99 sejam sebelum manakala Kota Tinggi mencatatkan bacaan 68 berbanding 71 sebelumnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 12:26 PM