WANITA yang diminta anaknya duduk di bonet kereta.
Agensi

Jiangxi, China: Seorang lelaki di bandar ini tergamak meminta ibunya duduk di bonet belakang kereta supaya anaknya boleh berbaring di tempat duduk belakang.

Lebih mengejutkan lagi kereta dipandu lelaki yang dikenali sebagai Liu itu sebenarnya dibeli oleh ibunya yang berusia 60 tahun.

Kereta dipandu Liu pada mulanya ditahan polis dalam sekatan jalan raya di bandar ini baru-baru ini.

Ketika pemeriksaan, anggota polis melihat isteri Liu duduk di bahagian penumpang hadapan dan anaknya berbaring di tempat duduk belakang.

Anggota polis itu kemudian terkejut apabila mendapati seorang wanita tua duduk di bahagian bonet belakang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:42 AM