KARIAH Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat melakukan ibadat korban menggunakan mesin hidraulik.
KARIAH Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat melakukan ibadat korban menggunakan mesin hidraulik.
Oleh Diyanah Anuar

Kangar: Sangkar sembelihan hidraulik hasil ciptaan Hamzan Hashim, 46, mampu menjimatkan masa selain tidak memerlukan ramai orang ketika melakukan proses sembelihan.

Ciptaan itu memberi kebaikan kepada masyarakat setempat untuk kegunaan ibadat korban di kawasan kampung di Sungai Batu Pahat, di sini.

Sejak Jumaat lalu, sangkar itu digunakan ahli jawatankuasa dan kariah Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat dalam program korban yang dianjurkan.

Proses menyembelih haiwan oleh kariah masjid selesai dalam tempoh lebih singkat berbanding di masjid lain apabila tiga lembu mampu disembelih dalam 30 minit.

Hamzan berkata, dia gembira melihat hasil ciptaannya itu bermanfaat kepada penduduk kampung khususnya dalam pelaksanaan ibadat korban yang dituntut dalam Islam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:43 AM