AINI menunjukkan kiriman SMS daripada lelaki hidung belang.
AINI menunjukkan kiriman SMS daripada lelaki hidung belang.
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Godaan nafsu dan ingin mencari pasangan hidup baru mendorong seorang ibu tunggal menjadi mangsa penipuan lelaki hingga masing-masing terpaksa berhutang dengan along.

Dalam kes itu, seorang wanita yang sudah tiga tahun menjanda dan beranak lima diperdaya seorang lelaki yang konon mahu mengahwininya sebelum meninggalkan wanita terbabit dengan hutang along RM50,000.

Sekalipun dihambat penyesalan, namun Aini, 45, (bukan nama sebenar) tidak mampu berbuat apa-apa.

Lelaki yang kononnya disangka jujur dan ikhlas untuk menjadi suami baru, hilang bersama rakaman setiap inci tubuhnya yang dikongsi menerusi aplikasi sembang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:44 AM