Oleh Ramlah Zainal


Selepas tampil berhijab, penyanyi dan pelakon Lufya Omar memulakan episod baru dalam hidupnya. Malah, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang tampil berhijab Februari lalu mengakui dia menemui ketenangan yang dicari dalam hidupnya selama ini.

Pemilik nama sebenar, Luftyah Sheikh Omar, 30, mengakui banyak perubahan berlaku sejak berhijrah.

“Saya juga ingin melakukan perubahan secara perlahan-lahan untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.

“Seiring penghijrahan ini, saya menghadiri banyak kelas usrah bersama rakan artis yang sudah berhijab bagi mendalami ilmu agama.

“Kelas usrah turut dibuka kepada orang ramai di Masjid Wilayah setiap Selasa jam 9 malam,” katanya.

Lufya tidak ketinggalan berkongsi rasa syukur apabila rezekinya tidak putus selepas berhijab.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:30 AM