JARAK penglihatan sekitar 350 meter menyebabkan 25 penerbangan dibatalkan. FOTO ihsan pembaca
JARAK penglihatan sekitar 350 meter menyebabkan 25 penerbangan dibatalkan. FOTO ihsan pembaca
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Jerebu kuat dengan jarak penglihatan sekitar 350 meter menyebabkan 25 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dibatalkan pagi tadi.

Setakat 9 pagi tadi, 12 penerbangan pelepasan dan 13 ketibaan dibatalkan.

Pengurus Kanan LTAK, Mohd Nadzim Hashim berkata, laluan di lapangan terbang terpaksa ditutup bermula jam 7 pagi tadi dan dibuka semula untuk operasi pada 9.10 pagi.

"Bagaimanapun, kita menjangkakan berlaku kelewatan dalam jadual penerbangan hari ini dan akan sentiasa mengemaskini maklumat terkini.

"Penumpang diminta memeriksa jadual penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan atau menghubungi LTAK untuk maklumat lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 10:50 AM