PENUMPANG mendaftar masuk selepas landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dibuka semula. FOTO Mohd Radzi Bujang.
PENUMPANG mendaftar masuk selepas landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dibuka semula. FOTO Mohd Radzi Bujang.
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Malaysia Airport menasihatkan penumpang memeriksa jadual pernerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui status terkini penerbangan mereka sebelum datang ke lapangan terbang.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) Mohd Nadzim Hashim berkata, jarak penglihatan di landasan semakin pulih dengan 2,000 meter pada jam 11, berbanding 350 meter jam 9 pagi tadi.

Bagaimanapun, lapan penerbangan dijangka mengalami kelewatan membabitkan 999 penumpang.

"Setakat jam 11 pagi, 26 penerbangan dibatalkan membabitkan 3,132 penumpang.

"Penerbangan yang dibatalkan membabitkan 23 syarikat penerbangan Air Asia dan tiga MASwings," katanya.

Tamat12

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 1:25 PM