GELAGAT pelajar Sekolah Saint Thomas Kuantan, memakai topeng muka khas sebelum memasuki kelas ketika musim jerebu selepas sesi persekolahan di Pahang ditangguhkan sehari semalam. FOTO Farizul Hafiz Awang
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Situasi jerebu seluruh negara tidak banyak beza berbanding semalam dengan lapan lokasi di empat negeri masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 10 pagi ini.

Menurut laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Larkin Lama merekodkan bacaan IPU 127, Pasir Gudang (110), Muar (115), Bukit Rambai (112), Bandaraya Melaka (116), Balok Baru (124), Indera Mahkota (108) dan Samarahan (104).

Sementara 29 kawasan menunjukkan IPU sederhana termasuk dua tempat dengan bacaan melebihi 90.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 11:18 AM