Keadaan jerebu di sekitar Shah Alam pada jam 6 petang tadi yang IPU dicatat ialah 83. - Foto SHAZREEN ZAMZURI

Kuala Lumpur: Sebanyak 11 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini berbanding sembilan pada 1 tengah hari tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan baharu itu ialah Kota Tinggi di Johor dengan bacaan 115, Port Dickson (109), Paka (104), Balok Baru, Pahang (131) dan Pasir Gudang (124).

Larkin Lama di Johor pula mencatat bacaan 122, Bandaraya Melaka dan Bukit

Rambai, Melaka, masing-masing 123 diikuti Indera Mahkota (117) serta Muar dan Kemaman masing-masing (114).

Sebanyak 30 kawasan pula mencatat tahap IPU sederhana antaranya Banting (92), Putrajaya dan Seremban (91), Jerantut (90), Pelabuhan Klang (89), Samarahan dan Nilai (88) serta Shah Alam (83).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 9:58 PM