Jakarta: Jumlah penduduk Indonesia bertambah 1.49 peratus setahun, hampir sama dengan populasi Singapura sekarang.

Ketua Badan Populasi dan Perancang Keluarga Nasional Surya Chandra Surapaty berkata, jumlah itu sepatutnya diturunkan kepada 1.1 peratus.

“Penduduk Indonesia bertambah 1.49 peratus setahun atau 4.5 juta orang. Jumlah itu sama dengan penduduk seluruh Singapura yang ada sekarang. Jika 10 tahun akan datang, penduduk kita berusia 10 tahun sama banyak dengan penduduk Singapura,” kata Surya ketika ditemui di pejabat presiden di Jakarta, semalam.

Kerajaan bimbang pertumbuhan penduduk sebegitu ramai tidak berkualiti kerana kebanyakannya berlaku di kawasan setinggan dan padat penduduk. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 5:46 AM