Pemandangan Jambatan Pulau Pinang  yang dirakam pada 10.30 pagi tadi. FOTO Ramdzan Masiam
Pemandangan Jambatan Pulau Pinang yang dirakam pada 10.30 pagi tadi. FOTO Ramdzan Masiam
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kualiti udara di seluruh negara terus merosot dengan 19 kawasan menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berbanding 18 kawasan yang direkodkan pada 6 pagi tadi.

Setakat 10 pagi tadi, laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan Pelabuhan Klang, Selangor masih mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 141 diikuti Shah Alam (124), Banting (124), Kuala Selangor (109)dan Petaling Jaya (108).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Pasir Gudang, Johor (127) Kota Tinggi (123) dan Larkin Lama (105).

Bacaan IPU di Port Dickson, Negeri Sembilan pula 126 diikuti Nilai (119), Seremban (106), Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, Melaka masing- masing ialah 118 dan 116.

Samarahan, Sarawak (111) manakala Batu Muda, Kuala Lumpur (112), Putrajaya (108), Kemaman, Terengganu (103), Paka dan Balok Baru, Kuantan Pahang masing-masing ialah 102.

Sebanyak 29 kawasan mencatatkan bacaan tahap sederhana manakala empat yang lain pada tahap baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 11:54 AM