X
Keadaan jambatan di Pekanbaru, Indonesia, yang diseliputi jerebu tebal petang semalam.
Keadaan jambatan di Pekanbaru, Indonesia, yang diseliputi jerebu tebal petang semalam.

Singapura: Masalah jerebu yang melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura dijangka menjadi bertambah buruk dengan cuaca kering akibat fenomena El Nino, kata pakar kaji cuaca antarabangsa Jason Nicholls.

Beliau berkata El Nino akan mengehadkan kehadiran hujan untuk membersihkan atmosfera di samping meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran hutan.

"El Nino dijangka sampai waktu puncak sekitar Disember dan Januari sebelum ia menjadi lemah," katanya.

Nicholls berkata dengan keadaan yang tidak banyak berubah, jerebu dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan bulan ini.

"Peladang yang suka membakar ladang mereka dan asap yang dihasilkan daripada pembakaran terbuka itu adalah punca jerebu. Bagi mengatasi masalah ini, pembakaran terbuka perlu dilarang," katanya.

Mengenai pembenihan awan, beliau berkata ia hanya mempunyai kesan minimum kerana tidak semestinya menghasilkan hujan setiap kali dilakukan untuk membantu menghapuskan jerebu. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 5:16 PM