Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah (dua dari kiri) menunjukkan emas tiruan yang dirampas. - Foto MUHAMMAD HATIM AB MANAN

Melaka: Dua lelaki dipercayai terlibat dalam lebih 12 kes pecah masuk tadika di sini sejak Januari lalu, berjaya ditahan di Batu Berendam dan Bachang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 32 dan 35 tahun itu bergerak sendirian melakukan jenayah dan kedua-duanya memiliki rekod jenayah kes dadah.

"Ketika serbuan ke atas suspek di Bachang, polis menjumpai emas tiruan bernilai kira-kira RM1,000 yang dilaporkan hilang di sebuah premis di Jalan Hang Tuah.

"Suspek turut memiliki kereta mewah yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pecah rumah," katanya di sini hari ini.

Shaikh Abdul Adzis berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis percaya lebih banyak lagi kes pecah rumah serta curi dapat diselesaikan dengan penangkapan dua suspek itu. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 8:40 PM