X
IBARAT bencana dalam hidup. Ambil tindakan sepatutnya untuk elak ia berlaku.
IBARAT bencana dalam hidup. Ambil tindakan sepatutnya untuk elak ia berlaku.

SHUHADA MANSOR tahu ramai antara kita bergelut dengan hutang kad kredit bagai tiada penyelesaian. Gen Y kongsi pelan untuk anda susun strategi sendiri.

Hidup bebas hutang adalah impian semua orang, namun dalam menjalani kehidupan di kota memerlukan kita untuk ‘meminjam’ sehingga menjadi komitmen bulanan. 

Apa kata anda cuba gunakan pelan tindakan ini untuk pengurusan kewangan lebih teratur. 

Jangan berlengah apabila tib masa untuk membayar kerana jika terlewat, jumlah hutang akan bertambah. 

KAD YANG ADIL

Kad kredit bagus perlu ada kualiti yang adil. Cari satu kad yang ada kadar faedah munasabah, pulangan ganjaran atau rebat yuran tahunan. Anda boleh bezakan kadar faedah di ringgitplus.com.

 

PERANCANGAN BAYARAN KESELURUHAN

Buat bayaran minimum untuk semua kad. Kemudian, langsaikan kad dengan kadar faedah paling tinggi sehingga selesai. Satu sudah selesai, kini tumpu pada seterusnya.

 

CARI IKUT KEMAMPUAN

Sekiranya secara tiba-tiba kamu mendapat duit dalam jumlah banyak (wasiat atau dengan menjual kereta), jangan habiskan dulu. Lupuskan dulu hutang kad kredit dan kalau perlu ada kad ini, cari yang menawarkan jumlah yang ‘kena’ dengan kemampuan kamu.

 

JANGAN LARI

Jika kamu hampir ‘lemas,’ jangan lari! Dapatkan bantuan daripada kaunselor hutang di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau 1Malaysia Fix Capital FX (1MFX). Dengan sedikit yuran, mereka akan membantu kamu dengan pelan pengurusan hutang sehinggalah kamu dapat keluar daripada masalah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 5:04 AM