Tinjauan jerebu yang dirakam pada 5 petang tadi di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kualiti udara terus merosot petang ini apabila 23 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang berbanding hanya 12 kawasan pada 10 pagi tadi.

Menurut rekod dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Seremban merekodkan bacaan tertinggi iaitu 170 diikuti Nilai (169), Shah Alam (166) dan Batu Muda Kuala Lumpur (165).

Kawasan IPU tidak sihat lain ialah Pelabuhan Klang (159), Bandaraya Melaka dan Petaling Jaya masing-masing 153, Bukit Rambai (152) dan Putrajaya (151).

Bacaan direkodkan Banting ialah 145, Cheras (132), Muar (116), Pasir Gudang (114), Larkin Lama, USM Pulau Pinang dan Kuala Selangor masing-masing 112.

Selain itu, Seberang Jaya 2, Perai (109), SK Jalan Pegoh, Ipoh (107), Balok Baru Kuantan (106), Bakar Arang Sungai Petani (104), Seri Manjung (103) serta Kemaman (101).

Sebanyak 18 kawasan mencatatkan bacaan sederhana antara 98 hingga 52 manakala 11 lagi pada tahap baik antara 23 hingga 42.

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 6:14 PM