TIANG kren patah yang jatuh ke atas bumbung jentera.
Oleh Azma Razana Johari

Bukit Mertajam: “Kami cuba keluarkan mangsa daripada tempat duduknya, tetapi tidak berjaya dan tidak lama kemudian dia sudah tidak bernyawa,” kata Tian, 30, ketika menceritakan detik pengendali kren yang maut dihempap tiang kren di tapak pembinaan Jalan Kebun Nenas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi, Lee Teow Hin, 65, maut apabila tiang kren patah dan menghempap bumbung jentera yang dikendalikannya menyebabkannya tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Menurut Tian, ketika kejadian dia bersama mangsa serta lapan pekerja lain menanam tiang konkrit di tapak pembinaan itu.

“Mangsa ketika itu mengendali kren berkenaan yang mengangkut tiang konkrit.

“Namun tidak lama kemudian, kami terdengar bunyi kuat dan terkejut apabila melihat tiang kren berkenaan patah dan menghempap bumbung jentera terbabit,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 5:17 AM