Oleh Adnan Ibrahim

Simpang Renggam: Mayat wanita tanpa kepala hampir reput dijumpai dalam semak di Kampung Parit Haji Hashim 10.25 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, tiada sebarang pengenalan diri ditemui sekitar kawasan mayat ditemui.

"Bedah siasat dilakukan hari ini di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk mengenal pasti punca kematian dan identiti mangsa.

"Kemungkinan keputusan akan dapat diperolehi selewat-lewatnya esok",katanya kepada media sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 11:21 AM