PETALING JAYA 04 OCTOBER 2015. Cuaca jerebu di Jalan Persekutuan,Petaling Jaya. Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan 257 setakat pagi ini. NSTP/Surianie Mohd Hanif
SHAH ALAM 04 October 2015. Sebahagian orang awam masih melakukan aktiviti luar berikutan jerebu di sekitar Shah Alam telah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 249* iaitu pada paras tidak sihat. STR/Shazreen Zamzuri
Penerbangan kembali beroperasi selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dibuka semula selepas ditutup pagi tadi. IPU dicatat 160 pada jam 2 petang tadi - DANIAL NOORDIN
Oleh Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Hanya Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu 210 manakala 28 kawasan lagi pada tahap tidak sihat setakat 4 petang tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pelabuhan Klang menunjukkan bacaan 195, Batu Muda Kuala Lumpur (191), Petaling Jaya (189), Banting serta Putrajaya (188), SK Jalan Pegoh Ipoh (187) dan Seberang Jaya 2 (182).

Kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat ialah USM (176), Kampung Air Putih Taiping (169), Seremban dan Nilai (168), Cheras (163), Alor Setar (162), Bakar Arang Sungai Petani dan Kuala Selangor (161) serta Port Dickson (157).

Bacaan direkodkan di Perai ialah 153, Jerantut (148), Bandaraya Melaka, Bukit Rambai serta Seri Manjung (140), Kuala Terengganu (125), Muar (123), Kemaman (119), Langkawi (107), Paka dan Balok Baru Kuantan (104),

Sebanyak 15 kawasan mencatat bacaan sederhana antara 52 hingga 98 manakala lapan lagi pada tahap baik antara 26 hingga 48.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 5:35 PM