Kuala Lumpur: Seorang pelayan restoran dan beberapa rakannya menahan dua lelaki yang melarikan diri selepas merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata kejadian berlaku kira-kira 12.45 tengah malam apabila seorang lelaki bersenjatakan pengunci stereng kereta dan rakannya merompak premis itu.

“Bagaimanapun jeritan juruwang premis itu disedari pelayan restoran berkenaan serta rakan-rakannya mengejar dan kemudiannya menahan kedua-dua perompak yang berumur 20 dan 23 tahun itu," katanya.

Beliau berkata polis merampas barangan rompakan termasuk sejumlah wang tunai dan bungkusan pelbagai jenama rokok daripada kedua-duanya. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 7:00 PM