Othman mohon kerjasama semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA mematuhi tarikh baru pelaksanaan UPKK.
Othman mohon kerjasama semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA mematuhi tarikh baru pelaksanaan UPKK.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek Ulum Syariah, Sirah serta Jawi dan Khat yang ditangguhkan semalam dan hari ini akan diadakan pada Isnin dan Selasa depan.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA di seluruh negara diminta supaya mematuhi tarikh baru pelaksanaan UPKK itu.

Katanya, ujian subjek Ulum Syariah akan diadakan jam 2.30 hingga 4 petang Isnin manakala, subjek Sirah serta Jawi dan Khat pula masing-masing akan diadakan pada jam 2.15 hingga 3.45 petang dan 4.15 hingga 5.45 petang pada Selasa.

"Saya memohon kerjasama agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA supaya melaksanakan ujian berkenaan mengikut tarikh baru ditetapkan itu," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 2:46 PM