Muka depan akhbar Sport hari ini bertajuk Coutinho pilih Barca.

Barcelona: Philippe Coutinho bersedia meninggalkan Liverpool dan menyertai Barcelona berbanding Real Madrid ketika dua gergasi La Liga itu terus bersaing untuk menandatangani pemain Brazil itu menurut laporan akhbar Sepanyol Sport hari ini.

Biarpun Brendan Rodgers sudah dipecat kelmarin dan Jurgen Klopp bakal mengambil skuad di Anfield Coutinho kelihatan gembira andai meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada jendela perpindahan Januari.

Barcelona meminati perancang bijak Brazil itu dan kempen membawanya ke Nou Camp sudah bermula menerusi rakan baik dan penyerang Barcelona Neymar yang mengatakan Coutinho begitu sesuai untuk kelab itu.

Akhbar berpangkalan di Barcelona itu melaporkan Real Madrid bersedia menyaingi Barca mendapatkan khidmat Coutinho dianggar bernilai sekitar £22 juta pound (RM146 juta).

Sport mendakwa pemain berusia 23 tahun itu lebih berminat menyertai pasukan beraksi dalam Liga Juara Juara.

'Coutinho pilih Barca,' menurut tajuk utama muka depan akhbar itu. - Mail

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 7:39 PM