Keadaan di Langkawi petang tadi. FOTO Eizairi Shamsudin
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Hanya 14 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam berbanding 17 kawasan 2 petang tadi, dengan Langkawi, Kedah merekodkan bacaan tertinggi, 158.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan lain yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Pasir Gudang (118), Kuala Selangor (117), Pelabuhan Kelang (116), Shah Alam (107) dan Banting (103).

IPU tidak sihat juga direkodkan di beberapa kawasan lain di utara seperti Universiti Sains Malaysia (USM) (101), Kangar (113), Alor Setar (105) dan Seri Manjung (106).

Empat kawasan lain turut mencatatkan bacaan pada tahap sama iaitu Larkin Lama (108), Port Dickson (103) serta Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai masing-masing 108.

Di Putrajaya, Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur, kualiti udara yang direkodkan adalah pada tahap sederhana iaitu kurang daripada 100.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 8:30 PM