FOTO ihsan abcnews
FOTO ihsan abcnews
Oleh Sarah Zulkifli


Kuala Lumpur: Ibu pelakon Ummi Nazeera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memberi keterangan palsu dalam satu kes perbicaraan di Mahkamah Sesyen pada 2013.

Tertuduh, Datuk Maziah Musa, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saifulakmal Said.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan perbuatan terbabit ketika dipanggil menjadi saksi pendakwaan di hadapan Hakim Norsharidah Awang.

Dalam prosiding itu, dia memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin semula dengan bekas suaminya, Datuk Zainulabidin Mat Akhir, 64, atau individu lain selepas berpisah dengan lelaki itu.

Mahkamah kemudian membenarkan Maziah diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 November ini untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 1:35 PM