MAN Kidal. FOTO Rohanis Shukri
MAN Kidal. FOTO Rohanis Shukri
Oleh Michelle Gun


Kuala Lumpur: Pemain gitar terkenal Man Kidal bakal membuka kilang menghasilkan gitar jenama sendiri.

Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood berkata, kilang terbabit dijangka beroperasi dalam tempoh dua tahun akan datang.

“œPeringkat kajian dan pembangunan sudah selesai dan sekarang kami dalam proses membawa mesin. Membuka kilang gitar bukan mudah kerana perlu dilakukan secara teliti dan banyak proses” kata pemain gitar Lefthanded ini.

Man juga berharap untuk bersaing dengan negara lain yang turut mengeluarkan produk gitar.

“Saya sudah ke Jerman dan Los Angeles, Amerika Syarikat untuk mengumpul maklumat mengenai pembikinan gitar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 5:46 PM