Anggota polis membanjiri jalan di depan Stesen Keretapi Walthamstow Central selepas pergaduhan tercetus membabitkan lebih 200 remaja perempuan. - Foto Daily Mail

London: Akibat dua remaja perempuan bergaduh, polis terpaksa menutup jalan di pinggir London kerana ia hampir membawa kepada rusuhan apabila hampir 200 remaja, sebahagian besarnya perempuan masuk campur dengan ada ada bersenjatakan pemukul besbol.

Tidak diketahui punca sebenar pergaduhan di depan Stesen Keretapi Walthamstow Central tetapi berdasarkan yang tersebar melalui media sosial, ia dipercayai bermula dengan pertelingkahan dua remaja perempuan dari kolej berlainan membabitkan seorang lelaki.

Ada pengguna Twitter mendakawa pergaduhan itu sudah diatur kerana risalah memberitahu mengenai pergaduhan itu sudah diedarkan di kolej.

Menurut polis Waltham Forest, kira-kira 200 orang berumur antara 16 hingga 20 tahun berkumpul di Walthamstow sejak sebelum 5 petang semalam.

Lebih 100 anggota polis memenuhi kawasan itu bagi mengawal keadaan dan rakaman video menunjukkan remaja terbabit menarik rambut lawan, dipukul dengan kayu besbol, sekumpulan remaja perempuan membelasah seorang remaja dan mereka yang ditangkap polis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 6:16 PM