MAYAT mangsa ditemui terbaring dalam bilik di rumahnya. FOTO Mohd Hilmie Hussin
MAYAT mangsa ditemui terbaring dalam bilik di rumahnya. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Wanita warga emas dipercayai mati sejak seminggu lalu ditemui terbaring dalam bilik di rumahnya, di Kampung Limbongan, kira-kira 2 petang tadi.

Zaina Hamid, 70-an ditemui mati oleh orang ramai yang terhidu bau busuk dari rumah yang didiami bersama adik perempuannya Nyonya Hamid, 70-an.

Difahamkan arwah dan adiknya mempunyai masalah mental, tinggal bersendirian di rumah itu dan menguruskan sendiri makan minum mereka dengan singgah di kedai makan dalam kampung terbabit.

Imam Masjid Kampung Limbongan, Mohamad Abdullah, 67, berkata, kali terakhir beliau melihat Zaina berjalan dalam kampung terbabit, sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 8:48 PM