ORANG awam melakukan aktiviti riadah di Persiaran Gurney pada 9 pagi. FOTO Ramdzan Masiam
Oleh Fazurawati Che Lah


Kuala Lumpur: Kualiti udara di seluruh negara pagi ini baik apabila semua kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak melebihi 100.

Bacaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 8 pagi tadi menunjukkan 15 kawasan mencatatkan kualiti udara baik dan 37 sederhana.

Tiga puluh tujuh kawasan lain termasuk Pasir Gudang, Bandaraya Melaka, Seri Manjung, Perai, Banting, Pelabuhan Kelang dan Shah Alam masing-masing merekodkan bacaan IPU tahap sederhana di bawah 100.

Bacaan IPU sederhana turut dicatatkan di Langkawi (74), Batu Muda (81) dan Cheras (70).

Selain itu, kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan juga masih kekal di tahap baik iaitu di bawah bacaan 50 kecuali Bintulu mencatat IPU sederhana iaitu 57.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). Bacaan IPU semasa boleh didapati di http://apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 9:46 AM