Kemalangan yang mengorbankan tiga orang termasuk dua beranak di Kampung Serom 6, Ledang, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Kemalangan yang mengorbankan tiga orang termasuk dua beranak di Kampung Serom 6, Ledang, pagi tadi. FOTO ihsan bomba

Tangkak: Keluarga kepada dua beranak yang meninggal dunia dalam nahas di Ledang awal pagi tadi reda dengan kejadian itu.

Othman Hamdan, 50, iaitu bapa saudara kepada Fadzilah Rashid berkata, mereka kini turut berdoa supaya seorang lagi adik tiri Fadzilah iaitu Mohd Haikal Misbah, 10, yang kini koma di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar segera sembuh.

Dalam kejadian kira-kira 5.20 pagi tadi di Kampung Serom 6, anak Fadzilah, Muhammad Danish Aiman Dolmat, 5, turut meninggal dunia beserta pemandu kereta itu, Hamdan Talib, 50, rakan kepada Fadzilah.

Fadzilah adalah ibu tunggal yang kematian suami kira-kira dua bulan lalu.

Kereta Honda Accord mereka dilapor terbabas sebelum melanggar pokok.

Othman berkata, mangsa yang kesemuanya dari Felda Lenga dalam perjalanan dari Muar menuju Bukit Gambir.

"Saya dapat berita kemalangan ini pada pukul 10 pagi dan terus datang ke hospital. Arwah (Fadzilah) bersama anaknya dikebumikan di Felda Lenga sebaik selesai urusan bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Mazanah iaitu kakak kepada Hamdan berkata adiknya adalah rakan baik kepada suami Fadzilah. Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 7:54 PM