X
PEMANDANGAN langit biru ketika gambar ini dirakamkan di Masjid Putra, Putrajaya menandakan jerebu semakin pulih. FOTO Mohd Fadli Hamzah
PEMANDANGAN langit biru ketika gambar ini dirakamkan di Masjid Putra, Putrajaya menandakan jerebu semakin pulih. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Tiada lokasi mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh negara sekalipun bacaan kualiti udara sedikit merosot berbanding semalam.

Menurut laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) 10 pagi ini, 39 lokasi mencatatkan bacaan IPU sederhana berbanding 37 untuk tempoh sama semalam.

Namun demikian, bacaan IPU dilihat tidak menunjukkan perbezaan ketara dari jam ke jam sejak awal pagi tadi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Bacaan IPU semasa boleh didapati di http://apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 11:19 AM