GAYA kasual untuk wanita bergerak bebas.
GAYA kasual untuk wanita bergerak bebas.
BERANI bergaya walaupun ketika bersantai mahupun ke tempat kerja.
BERANI bergaya walaupun ketika bersantai mahupun ke tempat kerja.
REKAAN unik untuk penampilan lebih menarik.
REKAAN unik untuk penampilan lebih menarik.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Pakaian berkonsepkan sedia dipakai menjadi pilihan pemilik butik Fieda Rahim untuk diperkenalkan kepada Muslimah yang begitu menjaga penampilan tidak kira di mana saja mereka berada.

Gaya kasual dan eksklusif dipilih bagi mewarnai kebanyakan rekaan yang ditampilkan oleh pemiliknya, Rafidah Abdul Rahim bersama hasil gabungan idea kreatif ibunya, Maznah Ismail.

Bukan hanya memberi perhatian kepada gaya kasual, malah dua beranak ini turut menampilkan rekaan eksklusif seperti tudung bawal premium yang menggunakan fabrik sifon, lycra dan crepe.

Bagi menonjolkan penampilan mewah, helaian tudung bawal berkenaan ditambah dengan elemen perincian kain renda dan batu swarovski asli.

Selain itu, butik berkenaan juga ada menyediakan pelbagai pilihan helaian jubah dan baju kurung menarik bagi memberi pilihan yang pelbagai kepada Muslimah bergaya sopan.

Butik di Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Shah Alam itu dibuka pada 1 Mac 2015 selepas Rafidah menjalankan perniagaan secara dalam talian pada 2014.

Konsep kedai tampak santai dengan dilengkapi ruang menunggu yang selesa untuk memudahkan pelanggan mendapatkan pelbagai pilihan koleksi menarik dalam suasana menenangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 5:00 AM