POTONGAN kembang pada bahagian bawah gaun memberikan kesan menarik.
POTONGAN kembang pada bahagian bawah gaun memberikan kesan menarik.
RONA ceria menonjolkan sikap keanak-anakan.
RONA ceria menonjolkan sikap keanak-anakan.
REKAAN unik ditampilkan pada gaun labuh.
REKAAN unik ditampilkan pada gaun labuh.
TAMBAHAN sedikit hiasan menjadikan rekaan tampak menarik.
TAMBAHAN sedikit hiasan menjadikan rekaan tampak menarik.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Cantik itu subjektif dan setiap individu boleh menonjolkan keanggunan dimiliki menerusi penampilan pada gaya yang ditonjolkan. Tanpa rasa bersalah serta takut menampilkan kecantikan dimiliki, Melinda Looi memperkenalkan koleksi terbarunya untuk musim luruh dan sejuk 2015.

Kesederhanaan terhadap sikap keanak-anakan dipersembahkan pada bentuk, potongan dan rekaan setiap helaian yang halus buatannya, namun masih menonjolkan gaya avant-garde.

Menurut Melinda, dia mendapat ilham daripada pengembaraannya sendiri selepas melawat muzium dan galeri seni di luar negara.

“Ia memberikan idea unik untuk dipersembahkan pada koleksi rekaan kali ini. Tanpa disedari, kesan visual pada warna yang silih berganti dapat dilihat bak cetakan di atas kanvas.

“Idea diperoleh daripada eksperimen yang dijalankan di Muzium Seni Mori, Jepun. Lukisan oleh pelawat termasuk kanak-kanak dan orang dewasa secara serta-merta ditukar kepada animasi 3D selepas ia diimbas.

“Saya sangat teruja apabila dapat melihat hasil projek sendiri dipaparkan di skrin dan ia tampak seperti hidup seperti lukisan bergerak,” katanya.

Bayangan utama pada rekaan helaiannya ialah gambaran berlajur. Bahagian bahu, lengan dan skirt mempunyai potongan bersegi manakala keseluruhan badan gaun serta tunik seperti kolum lajur.

Kehangatan hujung tahun diserlahkan pada pilihan warna seperti campuran merah cerah, kuning jingga, oren bersama hijau, merah manggis dan kelabu yang ditampilkan.

Imej gothic dapat dilihat pada hiasan logam yang ditampal secara berselerak. Bagi menambah gaya kontras, fabrik sifon ringan, jejaring serta taffeta diadun pada penggunaan material renda, kulit metalik dan bulu bebiri bagi memberi gaya bak kanak-kanak dan wanita penggoda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 5:02 AM